[two_thirds_last]
- Bahan asas PU hendaklah mendapat kelulusan daripada perunding arkitek sebelum memulakan kerja-kerja penyemburan.
- Peralatan penyemburan hendaklah dipastikan bersih dan tidak tersumbat untuk menghasilkan profil semburan yang cantik.
- Penyemburan hanya dilakukan dikawasan yang telah mendapat kelulusan kontraktor berdasarkan borang permohonan pemeriksaan (RFI).
- Pastikan bahawa tempat tersebut telah disembur dengan satu lapisan penghalang wap.
- Pastikan permukaan lantai konkrit kering dan bersih daripada sebarang serpihan.
- Langkah seterusnya melibatkan penyemburan beberapa lapisan PU sehingga mencapai ketebalan yang ditetapkan iaitu 50mm. Kebiasaannya melibatkan 7 ke 9 lapisan semburan PU untuk mencapai ketebalan ini.
- Sampel PU diambil secara rawak untuk menyemak ketebalan dan ketumpatan PU untuk memastikan ia menepati spesifikasi pelanggan.
- Dalam usaha untuk mencapai permukaan PU yang dikehendaki, penyembur yang cekap diperlukan untuk menyembur campuran agar tidak lari atau menitis. Secara teorinya, mana-mana ketebalan PU yang dikehendaki boleh diperolehi dengan penyemburan yang berulang kali secara lapisan demi lapisan
[/two_thirds_last]