[two_thirds_last]
- Bahan asas PU hendaklah mendapat kelulusan daripada perunding arkitek sebelum memulakan kerja-kerja penyemburan.
 - Peralatan penyemburan hendaklah dipastikan bersih dan tidak tersumbat untuk menghasilkan profil semburan yang cantik.
 - Penyemburan hanya dilakukan dikawasan yang telah mendapat kelulusan kontraktor berdasarkan borang permohonan pemeriksaan (RFI).
 - Pastikan bahawa tempat tersebut telah disembur dengan satu lapisan penghalang wap.
 - Pastikan permukaan dinding kering dan bersih daripada sebarang serpihan.
 - Langkah seterusnya melibatkan penyemburan beberapa lapisan PU sehingga mencapai ketebalan yang ditetapkan iaitu 25mm. Kebiasaannya melibatkan 3 ke 5 lapisan semburan PU untuk mencapai ketebalan ini.
 - Sampel PU diambil secara rawak untuk menyemak ketebalan dan ketumpatan PU untuk memastikan ia menepati spesifikasi.
 - Dalam usaha untuk mencapai permukaan PU yang dikehendaki, penyembur yang cekap diperlukan untuk menyembur campuran agar tidak lari atau menitis. Secara teorinya, mana-mana ketebalan PU yang dikehendaki boleh diperolehi dengan penyemburan yang berulang kali secara lapisan demi lapisan.
 
[/two_thirds_last]

