Penyemburan PU Foam di Lantai Konkrit

  1. Bahan asas PU hendaklah mendapat kelulusan daripada perunding arkitek sebelum memulakan kerja-kerja penyemburan.
  2. Peralatan penyemburan hendaklah dipastikan bersih dan tidak tersumbat untuk menghasilkan profil semburan yang cantik.
  3. Penyemburan hanya dilakukan dikawasan yang telah mendapat kelulusan kontraktor berdasarkan borang permohonan pemeriksaan (RFI).
  4. Pastikan bahawa tempat tersebut telah disembur dengan satu lapisan penghalang wap.
  5. Pastikan permukaan lantai konkrit kering dan bersih daripada sebarang serpihan.
  6. Langkah seterusnya melibatkan penyemburan beberapa lapisan PU sehingga mencapai ketebalan yang ditetapkan iaitu 50mm. Kebiasaannya melibatkan 7 ke 9 lapisan semburan PU untuk mencapai ketebalan ini.
  7. Sampel PU diambil secara rawak untuk menyemak ketebalan dan ketumpatan PU untuk memastikan ia menepati spesifikasi pelanggan.
  8. Dalam usaha untuk mencapai permukaan PU yang dikehendaki, penyembur yang cekap diperlukan untuk menyembur campuran agar tidak lari atau menitis. Secara teorinya, mana-mana ketebalan PU yang dikehendaki boleh diperolehi dengan penyemburan yang berulang kali secara lapisan demi lapisan