Penyemburan Satu Lapisan Penghalang Wap

[one_third]

[/one_third]

[two_thirds_last]

Penyemburan bitumen hanya akan dijalankan selepas kerja-kerja persediaan seperti yang dinyatakan telah dilakukan.

  1. Penyemburan bitumen digunakan sebagai lapisan penghalang wap daripada permukaan dinding/konkrit sebelum penyemburan PU Foam.
  2. Peralatan penyemburan hendaklah dipastikan bersih dan tidak tersumbat.
  3. Penyemburan bitumen hanya dilakukan pada kawasan yang telah mendapat kelulusan kontraktor/arkitek seperti yang dinyatakan dalam borang RFI.
  4. Pastikan kawasan tersebut adalah seperti yang dinyatakan dalam lukisan pembinaan untuk mengelakkan kesilapan.
  5. Kawasan yang hendak disembur bitumen perlu kering dan bebas dari sebarang serpihan. Dinding juga harus ditampal (plastered) dengan baik untuk memastikan tidak ada ruang udara yang akan menyebabkan kondensasi didalam dinding.
  6. Komponen bitumen hendaklah dicampurkan dengan air dengan nisbah 1:2 untuk membolehkan penyemburannya.
  7. Campuran bitumen dan air disembur secara terus ke permukaan dinding.konkrit. Satu lapisan bitumen sudah mencukupi untuk menjadi lapisan penghalang wap.
  8. Lapisan bitumen ini dibiarkan kering paling minimum selama 12 jam sebelum penyemburan PU dijalankan.
  9. Kebiasaan penyemburan bitumen dijalankan sehari sebelum kerja-kerja penyemburan PU foam.

[/two_thirds_last]