Produk

PENGENALAN PRODUK

Polyurethane foam (PU) adalah kombinasi 2 bahan iaitu Polyol (yang telah dicampurkan dengan gas) dan Isocynate. Kedua-dua bahan ini dicampurkan dengan nisbah 1:1 untuk menghasilkan PU yang stabil. Ketumpatan PU adalah bergantung kepada jumlah gas yang dicampur bersama Polyol. Kekonduksian terma (thermal conductivity, k-value) adalah bergantung kepada ketumpatan bahan. Semakin tumpat bahan, nilai k-value akan menjadi semakin tinggi yang akan menyebabkan bahan ini tidak menjadi penebat haba yang bagus. Nilai k-value seharusnya diantara 0.0200W/m.K- 0.0290W/m.K

PU digunakan sebagai bahan penebat haba untuk mencegah masalah kondensasi daripada berlaku dengan mengawal suhu permukaan (surface temperature) dinding mahupan concrete slab supaya lebih tinggi berbanding takat embun (dew point).

Dew point adalah nilai suhu tertentu dimana wap udara bertukar menjadi air. Penggunaan PU akan mengurangkan perpindahan haba dari luar (suhu panas) kepada dalam bangunan (suhu sejuk) bagi bilik atau ruang yang menggunakan penghawa dingin selama 24jam.

Produk ini boleh digunakan di bangunan hospital, klinik kesihatan, lantai computer, bilik kawalan, bumbung, apartmen dan kondominium, atau mana-mana bilik yang menggunakan penghawa dingin selama 24jam. Penggunaan PU juga akan menjimatkan penggunaan elektrik bagi penghawa dingin dengan mengurangkan perpindahan haba panas dari luar dan bilik sentiasa dalam keadaan sejuk.

Skop Kerja

Kami menyediakan sistem lengkap penebat haba untuk bangunan (insulation for buildings) terutama bangunan hospital (bilik pembedahan, ICU, NICU, Imaging & Diagnostic) , bilik kawalan, lantai komputer, dan mana-mana kawasan yang menpunyai perbezaan suhu (didalam bilik dan diluar bilik) melebihi 6 darjah Celcius yang mana mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk kondensasi berlaku.

Skop kerja kami melibatkan:-

  1. Kerja-kerja persediaan berkait rapat dengan penyemburan PU
  2. Penyemburan satu lapisan penghalang wap  kepada di concrete slab
  3. Penyemburan Penebat Haba (PU) di concrete slab
  4. Penyemburan Penebat Haba (PU) di dinding
  5. Penyuntikan Penebat Haba (PU) di rongga dinding (cavity wall)     
  6. Penyemburan Penebat Haba (PU) di atas panel syiling
  7. Penyemburan Satu Lapisan Pencegah Kebakaran (Hartindo AF21 Fire Inhibitor)