Persediaan Kerja Sebelum Penyemburan PU Foam

[one_third]

 


[/one_third]

[two_thirds_last]

  1. Semua bahan kimia (polyol & iso) hendaklah disimpan ditempat yang selamat dan tidak terdedah kepada cahaya matahari mahupun hujan yang boleh mengakibatkan tindak balas kimia
  2. Bahan kimia polyol hendaklah dicampurkan dengan gas sebelum dihantar ke tapak projek untuk digunakan.
  3. Selepas langkah (1) dan (2) dilakukan, lokasi kerja secara amnya harus dipastikan bersama kontraktor utama mahupun arkitek untuk mengelakkan daripada melakukan penyemburan ditempat yang salah atau tidak memerlukan PU foam. Borang memohon pemeriksaan (RFI) daripada kontraktor & kerani kerja hendaklah dihantar sebelum memulakan kerja.
  4. RFI ini boleh dihantar bagi setiap jabatan-jabatan tertentu mahupun mengikut koordinat tertentu mengikut kesesuaian dan keluasan kawasan.
  5. Setelah mendapat kelulusan daripada kontraktor utama, penyelia tapak harus memastikan bahawa kawasan kerja tidak menpunyai kebocoran air,dinding tidak basah dan tidak ada air yang bertakung dilantai yang boleh menyebabkan bitumen/PU tidak lekat pada dinding.
  6. Bagi kerja-kerja penyemburan PU foam di dinding (jika ada), pihak kontraktor utama harus memastikan bahawa semua lubang (sambungan diantara 2 batu bata) hendaklah ditutup dengan satu lapisan simen untuk mengelakkan ruang udara yang boleh menyebabkan masalah kondensasi  berlaku.
  7. Sebarang penembusan alatan mekanikal mahupun elektrikal (M&E penetration) pada dinding hendaklah dipasang terlebih dahulu bagi mengelakkan kerosakan kepada PU jika penyemburan PU dilakukan terlebih dahulu.
  8. Bagi kerja-kerja penyuntikan PU foam (injection type) kedua-dua permukaan luar dinding mestilah di tampal (plaster) dengan simen terlebih dahulu.
  9. Bagi kerja-kerja penyemburan PU foam di soffit of slab, kesemua penggantung (hanger) alatan mekanikal dan elektrik digantung terlebih dahulu bagi mengelakkan kerosakan pada PU foam jika PU foam disembur terlebih dahulu.
  10. Sebarang peralatan yang terlekat di syiling contohnya conduit pipe & wire harus dipasang terlebih dahulu.Peralatan mekanikal seperti saluran penghawa dingin (ducting) tidak boleh dipasang terlebih dahulu bagi mengelakkan kerosakan semasa penyemburan PU foam.

[/two_thirds_last]